dulu bahagian hati ini pernah dihuni..
dan masih lagi dihuni..
dulu...
dia pernah menawan hati ini,
dulu dia pernah memukau mata ini dengan peribadinya,
dulu dia pernah memanah hati ini kerana suaranya,
dulu...
kami pernah bertengkar,
kami pernah bertelagah,
kami putus hubungan hanya kerana perbalahan yang tidak masuk akal,
kini...
aku merasa kosong,
aku merasa rindu,
rindu akan guaraunnya,
rindu akan gelak tawanya,
rindu akan usikan dia,
adakah dia masih begitu,
adakah dia sudah berpunya?
dia..
aku rindu dia,
dia yang sangat tabah,
dia yang sangat penyayang,
dia yang sangat sabar,
dia yang pernah kusayangi.
*sekali sekala uncle nak berjiwa kacau

No comments:
Post a Comment