Thursday, August 18, 2011

Uncle lee : bagaimana memohon passport pertama! semudah lima langkah.so excited!

Macam ko sorang je yang ada passport? hekelleh orang tua ni kecoh betul..
hermm, herrmm pertama.. minta maaf saya masih muda dan kedua.. emm tak pe lah.. sabar,sabar
mukaddimah perasan sorang-sorang.

Ops! sory guys, Assalamualaikum apa khabar semua? harap sihat selalu
berdasarkan pada entry atas tu, uncle dah ada passport yeay!! Im so excited!
kenapa Uncle wat passport? ini adalah kerana uncle dapat tawaran menjalani 'industrial training' di Indonesia.
uncle tersangat lah teruja sebab pertama kali dapat tengok tempat orang, yelah kalau nak pergi sendiri entah bila lah (dalam mimpi selalu lh tapi tak tahu nama negara yg dh pergi hahahaha). Uncle akan berlepas pada 16hb september (insyallah) dua minggu selepas raya aidilfitri. so nanti kan entry uncle berkenaan indonesia tak lama lagi. (erk pas ni memang dah nekad nak terus aktif dalam blogging insyallah) korang sume doakan uncle ye.

ok uncle nk kongsi sikit macmana nak wat passport. mungkin ramai dah tahu kan tetapi untuk yang pertama kali boleh lah jadikan penulisan uncle ini sebagai rujukan (erk ada ke).

langkah pertama:
'drive' kereta anda ke mana-mana pejabat imegresen. atau pastikan anda menuju ke pejabat imegresen kerana kita tak boleh buat passport antarabangsa di kedai 7-11 dalam kawasan kejiranan korang (heheh jangan marah)


langkah kedua:
isi borang yang telah disediakan. ok sebelum itu pastikan korang dah sediakan salinan kad pengenalan, dan dua keping gambar berukuran passport. sertakan bersama-sama borang tadi.


langkah ketiga:
ambil nombor giliran dan anda akan dilayan sebentar lagi. Pegawai imegresen yang bertugas akan membantu menyelesaikan permohonan anda.


langkah keempat:
selepas membuat pembayaran (rm100 utk tempoh dua tahun) passport anda akan selesai dalam masa sejam. uncle punya pssport siap dalam masa kurang dari 30minit.


langkah kelima:
selesai passport anda. dan anda perlu keluar untuk tempah tiket kapal terbang pulak hehehe.



mudah kan? semudah lima langkah hehehehe. senang sangat buat passport so apa kata kita semua wat passport dan simpan banyak-banyak kat umah hahahaha (apalah yang org tua ni merepek).


p/s: doakan uncle selamat di Indonesia ek..


No comments:

Post a Comment