Sunday, August 7, 2011

Uncle lee : BAzar RamAdHaN TeMErloH, PahaNG

ASSALAMUALAIKUM,
Selamat Ramadhan ke-8
SELAMAT PAGI,
selamat kembali ke pejabat,
SELAMAT KEMBALI KE KULIAH
selamat segalanya...

Pagi ni uncle dah lewat ke pejabat hahaha ini sume kes bangun lambat (erk! padan muke hahaha) dah sah lah tak bangun sahur haha (gelak tak sedar diri)
ok pepagi masuk je office dgn muke yang buat-buat tak bersalah (hehehe boleh?) terus on laptop dan buat entry ni hahaha (bos kate xda keje lagi nanti dia bagi, thank you boss).
ok untuk kali ini punya entry, atau entry kali ini, emm atau kali entry ini Erk! (tergigit lidah)
Uncle nak bercerita tentang Bazar Ramadhan yang terletak berhampiran dengan kampung halaman uncle (sekali lagi) lokasi bazar ini terletak dilokasi yang sama dengan lokasi pekan sehari untuk entry yang lepas iaitu ditepi Sungai Pahang.
sabtu lepas ada peluang untuk pulang ke kampung halaman (cewah) bila sampai je rumah, uncle ajak sepupu uncle temankan uncle ke Bazar Ramadhan Temerloh. yelah nak cari bahan untuk entry kali ini (sebab blog dah bersawang, hahaha). So jom kita tengok apa yang special tentang bazar ramadhan disini (check it out!)

hah! nampak tak? masa uncle masuk je ke kawasan bazar terbeliak mata uncle tengok manusia yang ramai tak hengat ni. tengok jam ditangan baru pukul 430ptg dah penuh macam ni? awal lagi! (eleh uncle pun awal gak hahaha)

Sebenarnya dimana-mana bazar ramadhan pun adalah sama kan? tetapi uncle ada dengar lah rumours (uncle memang pengejar rumours terhandal hahaha tapi bukan pembuat rumors OK!) ada dua rumour yang mengatakan ada tempat yang special tentang bazar ramadhan Temerloh ni.

RUMOR YANG TERKENAL YANG PERTAMA!
murtabak PAK LAN yang paling terkenal!! sampai beratur oramg yang nak membelinya. kalau di Penang kita akan jumpa nasi beriani beratur disini, dibazar ramadhan temerloh, kita ada Murtabak PAK LAN yang kalau nak beli kena beratur hahahaha. Uncle dah lama dengar cerita ni, tapi tak pernah ada peluang nak mencuba, so sekarang uncle nk serbu gerai murtabak yang GELAMOUR! ni hahaha. Sepupu uncle awal-awal lagi dh malas nk join beratur, sebab waktu tu sangat panas. Uncle pun sebab nak merasa pengalaman beratur dan makan murtabak HEBAT ini, maka dengan tabah dan sabarnya (cewah) beratur.
Nampak tak? nilah gerainya yang terkenal tu, kalau semua perasan, ada yang beratur dah (jam 1655) ok uncle pun beratur.











inilah ownernya, PAK LAN. gerai ni sampai ada dua station untuk menghasilkan murtabak dengan cepat dan pantas, maklumlah dah orang beratur nak melantak muratabak yang sedap diperkatakan orang ni. Station depan, anak paklan... kot yang turut membantu beliau menyediakan permintaan pelanggan yang bagai semut kelaparan gula (gurau je).








ini pula anak beliau.. (ye kot)
yang berbaju biru (sky blue) tu.












OK selepas beberapa minit hehehe baru lah uncle dapat murtabak yang sedap ni, uncle beli tiga keping sebab kat rumah ramai jugak lah perut yang minta diisi (yang paling besar perut uncle) wahahaha. Jadi selepas berpuas hati dengan hasil beratur tadi, maka uncle pun teruskan perjalanan ke tempat lain bagi meneruskan jamuan mata (yelah dah tak boleh makan). Mari kita jamu mata bersama-sama.


Ini pulak ayam tempayan, uncle xpernah rase lagi maybe next week kot.













OK RUMOUR TERSEDAP YANG KEDUA.
yang kedua, rumour yang mengatakan bahawa Nasi Beriani yang tersedap di seantero daerah. Sepupu uncle lah yang menjadi pembawa rumours tu hahaha dia plak pelanggan setia gerai tu sebab sedap! senang! mudah dan sekali lagi sedap. Jadi disebabkan cerita yang macam begitu menyelerakan sehingga hampir meruntuhkan iman (ops) dinding perut ku yang telah tersedia lapar uncle pun ikut lah kemana nak dibawanya ditengah-tengah kesibukan orang yang mahu mencari juadah berbuka. TIBA SAHAJA dilokasi yang diceritakan, rupa-rupanya NASI BERIANI WARISAN nama sahaja dah memang menaikkan selera uncle. Kalau yang ini memang uncle tidak nafikan NASI BERIANI YANG MEMANG SEDAP SEANTARO MALAYSIA dari kecil sampai uncle besar (takdalah kecik sangat, dari form 3 kot) memang inilah yang menjadi kegemaran uncle dan kaum kerabat uncle hahahaha (tetiba gelak). NASI BERIANI warisan ni ada dua station jugak (emm memang kalau glamour kene letak dua station ek) hahahah tapi satu gerai kat depan, dan satu lagi dibelakang. TETAPI malangnya uncle terlupa nak ambil gambar sebab seronok sangat berborak ini adalah kerana sebenarnya uncle pernah kerja dengan diorang ni masa zaman-zaman sekolah dulu, so kenallah tauke yang menjual NASI BERIANI WARISAN ni hehehe. JANGAN kate uncle promote diorang ni plak, ini adalah berdasarkan RUMOURS yang telah tersebar luas OK!!

OK LAH ini sahaja untuk entry kali semoga pengalaman uncle menjadi pedoman kepada anda semua ok.
aish bile citer pasal makan cepat je lapor kan?
p/s : Ramadhan bukan untuk berebut melantak untuk berebut pahala.

No comments:

Post a Comment