Tuesday, September 13, 2011

Dari UiTM Malaysia ke IPB Indonesia PART 1

Asslamualaikum semua!
Semoga dalam bulan syawal yang mulia ini korang semua masih berada dalam keberkatan illahi. Pada yang belum puas beraya atau banyak sangat hadiri rumah terbuka (ajak lah uncle sekali hehehe) amboi sakan beraya!!

Anyway berdasarkan tajuk entry diatas Uncle akan menjalani praktikal berkaitan dengan kursus uncle iaitu perladangan di Institut Pertanian Bogor, Indonesia. Yang Uncle nak cerita adalah perjalanan kami kesana seramai 6 orang sahabat sekamous uncle dan 4 orang sahabat dari kampus shah alam.
Untuk pengetahuan korang semua, kami ni semua firts time naik kapal terbang (wahahaha excited!!) dan dalam erti kata lain JAKUN!!! waduh gimana dong, ribut banget hahahaha.

So nak jadi kan cerita, kami stat kuliah 12 hb september 2011. sudahlah dengan kemudahan asrama uncle tak dapat, so menumpanglah duluu bilik kawan-kawan yang baik hati. (terima kasih kawan2) Rumah sewa jangn cakap lah susah nyer macam nak cari bini (hahahahah). So uncle decide pas balik dari indonesia lah cari.

Nak diceritakan lagi kt korang, kelas pada 12 dan 13 september dibatalkan. Jadi kalau ikut perkiraan 16hb september 2011 uncle naik flight, so day available hanya 2 hari sahaja. Setelah berbincang dengan sahabat baik uncle, kami decide utk ponteng kelas (jgn follow ek) dan lepak umah keluarga kami masing-masing di klang. Setelah selesai appointment kitorang dengan Dato' Pengarah Kampus kami packing barang and get out from bandar Tun Razak, Jengka, Pahang.

So sampai lah kami ke Klang Bandar Diraja. Esok kami nak tukar mata wang Indonesia, dan cari lagi barang untuk trael kesana. Emm nak cari plug khas utk kegunaan disana plug type F.

Jadi, tunggu cerita seterusnya, bagaimana perjalanan kami kesana (almaklumlah semua pertama kali kesana).

2 comments: