Maaf lah sebab uncle dah lama tak mengisi ruang blog yang ntah ape-ape ni kan hehehe
(ada ke org kisah ko update ke tidak?)
ok kali ni uncle nk berkongsi pendapat uncle tentang sesuatu bangsa ni, mungkin korang sume boleh teka selepas uncle bercerita tentang satu kisah ni YANG DIPETIK DARI KISAH YANG TELAH DIKETAHUI RAMAI. OK kisah ni bermula begini, ada dua bakul yang penuh berisi dengan KETAM, ketam ye bukan sutun tapi ketam.. ketam2 ini telah di tangkap oleh nelayan dari lautan yang sangat kaya dengan hasil laut, (yelah takkan ketam dari kilang wat kereta plakkan? lainlah korang sekarang ni ketam korang tahu ada kt pasar basah, itu klau remaja, kalau budak2 diorang mesti ingat ketam tu dari TESCO,GIANT, n MAYDIN kaan. ok sekarang ni ketam tu penuh dalam bakul tu, ada seorang budak ni die sedang asyik melihat gelagat ketam-ketam dalam bakul tu.

Dari bakul yang pertama ketam-ketam tu semua bergelut untuk naik keatas, dan bila seekor sudah lepas keatas ia akan tunggu kawan-kawannya yang lain dan tarik keatas sambil kawan ketam yang lain membantu mengeluarkan kawan-kawannye..
dari bakul yang kedua pulak ketam-ketam tu bergelut naik gak tapi bila ada yang naik je pasti akan ada ketam yang lain akan tarik kebawah, dh puas dh ketam-ketam yang nak naik tu mencuba, tapi masing-masing trus tarik sesama sendiri supaya xda yang keluar dari bakul tu. last-last diorng duk diam je sbb takut kalau naik ketam lain akan tarik semula ke bawah. akhirnya sume tak naik.
Uncle pada mulanya memang tak pernah setuju dengan cerita ini, sebab uncle percaya bahawa bangsa tersebut adalah bangsa yang paling berjaya didunia, dan juga dilaporkan oleh HUGO (HUMAN GENOME) yang bangsa ini mempunyai DNA yang tersendiri dan bukannye bangsa campuran. dan juga dikuatkan lagi dengan fakta2 sejarah yang terdahulu.
Tapi sekarang apa yang dimaksudkan dalam cerita tu, telah berlaku...
sedih, tengok je dalam kat sekolah ke, kolej ke, universiti ke..
kalau orang lain memberi pendapat dalam kelas dan pendapat tu salah, pasti seantero kelas akan gelakkan die. tapi yang gelak tu xda plak nak bagi pendapat supaya pendapat tu dibetulkan, cakap belakang banyak lah plak. pas tu kalau ada yang berubah mahu jadi lebih baik, jadi lebih rajin, mesti adaaaa je yang kutuk, perli, dan yang paling teruk skali, sabotaj usaha org.
satu lagi... ada satu lagi pemikiran typical bangsa ni.. especially di institusi pendidikan lah, kalau nak lakukan sesuatu, pasti dgn kumpulan dieeee je, xboleh nak bergaul dgn orang lain katenye sebab berlaga angin (pelik sbb perkara tu berlaku dalam kampus yang satu bangsa ni je).
diusia muda lagi bangsa ni dah menunjukkan sikap yang sebegitu, bagaimana nanti masa akan datang?
bukan kah bak kata org, belia sekarang adalah gambaran negara masa hadapan?
bukan nk memburukkan tapi marilah kite berfikir, mana lagi tempat utk bangsa ini didunia ini? pada tanah ini lah tempat bangsa ni membangun, tapi setakat ni apa yang bangsa tu ada? apa yang bangsa tu miliki? apa yang bangsa tersebut capai?
rasenye, kalau bab buang bayi, bangsa tu ranking pertama, kalau bab gejala sosial bangsa tu pun no. satu, kalau bab lari rumah ikut jantan bangsa tu jugak,
UNCLE pun dari bangsa itu jugak, uncle rase perkara ini boleh di perbetulkan..
kembalilah kepada fitrah manusia yang asal Allah dah cipta, dijadikan untuk bersatu..
KEMBALILAH WAHAI BANGSAKU, KEMBALILAH, KEMBALILAH KEPADA FITRAH MANUSIA.
Uncle bukan bertujuan untuk mengata atau mmburukkan kerna dalam hadith,
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
uncle nak capai yang baik bukan nak memburukkan org..
p/s: sedih.. sbb kadang-kadang uncle duk sorang-sorang, makan sorang-sorang pasti ada org cakap belakang ada je org akan bercakap ' eh die tu xda kawan ke? asyik sorang je" sambil menjeling.. wahai sahabat bukan uncle ni kera sumbang tau, kalau uncle ni anti sosial sudah tentu aku tak join kerja-kerja sukarelawan tuh!.. tapi uncle suka saat privasi utk berfikir lebih luas sbb kadang-kadang ada sahabat lain bile kite ajak berfikir die tak serius so lebih baik uncle sorang2 je.. (bukan sebab nk pandai sorang je tapi xlarat nak layan kerenah org negatif tu)
sorry mlm ni terlalu emosi nk bantu bangsa sendiri.. kalau anda ada pendapat sila komen dibawah. terima kasih



No comments:
Post a Comment