Friday, August 17, 2012

DISEBALIK ANAK KEDUA A.K.A ANGAH


Assalamualaikum readers! Salam sejahtera…

Semoga menjelang lebaran ini semua berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Almaklumlah saat-saat ini tenaga sangat penting bagi membuat persiapan menjelang hari lebaran nanti.
Ok! Entry kali ini adalah sedikit kaitan dengan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang nanti. Saudara mara, adik beradik, sahabat handai semua sudah mula pulang ke kampung halaman untuk merayakan hari kemenangan ini bersama-sama. Yang paling penting adalah kehadiran adik beradik yang tercinta melengkapkan suasana hari raya.
Antara kesemua adik beradik itu, ada salah seorang yang biasanya bersifat hero/heroin antara mereka, dan dia adalah mereka yang bergelar anak kedua atau sinnonim dengan pangkat angah. Tetapi entry uncle ini bukanlah untuk membezakan antara pangkat adik beradik, melalui pengalaman dan pengamatan dan pembacaan uncle si angah ini mempunyai kelebihan yang unik berbanding adik beradik yang lain. Siapa yang setuju maka teruskan membaca, siapa yang tidak setuju masih lagi disarankan membaca hehehehehe.

Mereka anak kedua,
Bukan mudah untuk si angah ini menjadi anak kedua dalam keluarga, kerana kata orang biasanya anak sulung@ si along  itulah yang paling disayangi kerana mereka adalah anak pertama menjadi lambang kepada cinta si Ibu dan si Ayah.

Yang bergelar angah,
Si angah ini bukan seorang yang kuat (mental@fizikal) kerana dia banyak bergantung kepada kekuatan si Along, tetapi tatkala si Along menjadi lemah, si Angah menjadi tiga kali ganda lebih kuat dari biasa bagi menggalas membantu keluarga.

Yang kedua dalam keluarga,
Pada pandangan uncle, si Angah pasti akan terdengar kata-kata yang terkeluar dari mulut ahli keluarga yang lain “sebenarnya selepas along mak nak anak lelaki/perempuan” (bergantung kepada jantina si Along) si angah merasa pasrah walaupun dalam tak kisah, dia tahu bahawa dia perlu berusah lebih untuk menjadi anak pilihan dalam keluarga.

Si angah selepas si Along
Jika di alam persekolahan, kehidupan si Angah banyak dibanyangi baying-bayang si Along. Apa yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan si Along. (biasanya sifat si Angah bertentangan dengan si Along). Pasti sering terdengar ayat-ayat “si Angah ni tak macam si Along ek?”. Atau disekolah aka nada yang bertanya “eh awak ni adik si Along kan? Lain bebenor lah awak dengan dia”.

Si angah tekanan nya lebih kerana selalu terpaksa berusaha lebih  selepas si along dalam akademik, kerana perlu menjadi sama/lebbih dari si Along jika tidak mahu diperkecil kan. Kerana memang Alonglah yang jadi contoh bagi kelurga ketika itu. Dan adik-adik yang lain mempunyai banyak pilihan kerana ada dua contoh sebelum mereka

Si Angah pada si Along,
Antara mereka berdua si Angah selalu beralah dalam pergaduhan. Mungkin kerana si Angah memang lemah atau Angah ni memang selalu kalah. Tetapi Along tidak selalu kejamkan (biaselah adik beradik sedangkan lidahpun selalu tergigit)

Si Angah yang memahami
Selalunya si Angah ini yang lebih banyak ringan tulang kerana sifatnya yang sangat memahami hati orang lain. Si Angah sangat sensitive dengan perubahan emosi angota keluarganya dan dia lebih suka meletakkan diri dia ditempat orang lain. Sebab itu kerja rumah selalunya si Angah ni selalu selesaikan kerana dia tahu penat si Ibu.

Abang/kakak kedua kepada adik-adiknya
Angah sering dilabelkan sebagai garang, dan adik-adik lebih suka si Along kerana Along pandai ambil hati. Si Angah bukan garang tetapi dia mahu adik-adiknya menjadi yang terbaik (dan adalah normal kerana perangai angah bertentangan dengan perangai alongkan)
Si Angah yang berdikari,

Dek kerana sering menjadi pilihan kedua dalam keluarga sebenarnya si Angah lebih pandai membawa diri dan berdikari, dan peka dengan keadaan sekeliling. Si Angah lebih cekap memujuk si Ibu dan si Ayah berbanding si Along. Pada pengalaman uncle semasa bersekolah, Mak Ayah uncle jarang menjenguk uncle disekolah berbanding si Along.

Si Angah anak kesayangan bagi seluruh keluarga
Si angah lebih peramah dan ringan tulang, dan sering menjadi kesukaan bagi pakcik, makcik dan sepupu kerana itu. Jika ada kenduri atau berkumpul dihari raya pasti mereka akan mencari-cari si Angah.

Itu serba sedikit tentang si angah, tetapi bukan semua si angah seperti yang dituliskan. Setiap orang mempunyai sifat dan kelakuan yang berbeza mengikut acuan keluarga masing-masing. Jika ada persamaan itu hanya kelakuan umum manusia.

Apa kata tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi lebih tentang siapakah si Angah bagi korang semua.

Selamat menyambut hari raya!!!!!
Maaf zahir dan batin

2 comments:

  1. angah seorang yang keras kepala dia aja nak menang ...saya yang lah yang asyik mengalah memandangkan saya along

    ReplyDelete