Monday, April 22, 2013

Brings Out YOUR Inner WARRIOR

Assalamualaikum reader!!!! (yang mana ada jelah ek)

ok berkenaan dgn tajuk entry uncle pada kali ini adalah bergatung kepada isu semasa.
Isu semasa ini melibat isu semasa uncle sedag menaip entry ini, isu semasa yang uncle hadapi dan bukan isu semasa negra kita kini.(I'M NOT THE KEYBOARD WARRIOR OKEYHH)

APA MAKSUD "THE INNER WARRIOR"? mudah dan simple malahan senang lagi kacang jawapannya. Maksudnya adalah semangat juang dalam diri kita untuk terus memperkukuhkan kewujudan kita didunia dalam mempertahankan apa yang pentign bagi diri kita. MAK AAAAIIII!!!!!! korang faham ke idok? (LANTAK KORANGLAH)


skang ni uncle ngah taip mggunakan laptop akak ipar uncle, laptop ni mengalami kerosakan setelah di smack down oleh anak sedara uncle smpai sesetengah huruf tak berfungsi (wat-wat faham jelah ek). jadi penulisn entry kali ini mmng bnyak mncabar diri uncle hingga terpaksa menekan laptop sekuat hati.. ini yang membangkit "the inner warrior" sbb bunyi dh mcm mesin taip zaman dulu dah hahahaha.

ok isu yang uncle hadapi sekrang ini adalah "jobless" dh hampir 3 bulan dh mcm ni sejak habis exam bulan 1. sebulan pertama seronoklh bercuti sakan konon. Walaupn ada usaha mencari keje tapi usaha tak hebat sangat. Bulan kedua uncle stat menyambung kembali MY HOBBY iaitu BAKING hahaha. takdalah pandai sangat tapi sekadar suka mencuba. Adalah satu dua produk yang menjadi (sekadar untuk makan sendiri hahahaha klau tak makan sape lagi). Kalau nk tgok apekeje hasil air tangan uncle sila ke facebook AZLEE AR_RAHIMI kat sana ada mcm hehehe (PROMOTE SKIT KT KAK JAH SBELAH UMAH). Sekarag dh masuk 3 bulan... HAAAAA baru sekarang lah mcm2 bermain difikiran ko!

Bile kawan2 dah mula jejak kaki dalam alam pekerjaan semakin ramai, ko duduk terkebil-kebil lagi meraba dalam dunia yag cerah ini... mula lah rasa pelbagai perasaan (tapi bukan perasaan kucing nk beranak ok, lagipun penah ke korg rase kucing nk berank nyer perasaan?). korang mesti tertanya bile orang tue ni nak cerita tentang THE INNER WARRIOR? melalut smpai kucing plak ni.

ok tntang "BRInGS OUT YOUR INNER WARRIOR" uncle nak share sesuatu. BAHAWASANYA keadaan dimana anda semua JOBLESS tidaklah seteruk mana. Uncle ada kawan2 yang sentiasa membantu uncle dlam apa sahaje keputusan yang Uncle akan buat (terima kasih sahabat-sahabat ku) ada yang sokong sangat uncle sambung belajar, ada yang tolong cari peluang kerja dimana sahaja. tetapi akhirnya itu bergantung kepada keputusan Uncle dan TAKDIR ILAHI.
1# kawan-kawan mampu megorek keluar THE INNER WARRIOR anda dlm keadaan positif mahupun negatif. Diorang membantu korg buat keputusan.

saat-saat mcm JOBLESS ni sepatutnya kita gunakan dengan sebaik-baiknya selai dari mencari keje. Uncle akui sangat kecewa pabila usaha kita selama tidak ada hasil, seolah-olah tak ada tempat untuk kita diluar sana bila JOBLESS. TERUSKAN USAHA ANDA. mesti ada yang dengar dari sedara mara sahabat handai atau semasa mak jemah dan kiah propa bergossip kt tepi lubang kubor, "alah belajo tinggi2 pun bukan nyer dapat keje pun" haaaa ayat PUAKE ni selalu dengar kan. Nasihat Uncle ko curah asid dalam tekak diorag hahahah ( eh jgn ko pegi wat betul2 plak naya aku kang, gurau je tu. JADIKAN itu sebagai penguat semangatuntuk korang buktikan pada mereka. Selepas ini tentu jemah and the gang melutut kat korang semula hahahah (jgn lupa sentiasa ucap syukur pada ILAHI).
2# JAdikan kata2 NEGATIF sebagai BOOSTER utk korang BERGERAK MAJU KEHADAPAN.

bagaimana korang nk bangkit THE INNER WARRIOR dalam keadaan korang yang semangat semakin menurun ni? (yelah hari-hari bukak mata je tunggu panggilan interview atau result interview lam-lama xmampu nak tunggu rase nak meletop je kan). OK uncle ada TIPS, DOA dan TAWAKKAL itu lah perkara terbaik sebab tiada perkara akan terjadi tanpa IZINNYA.
3# DOA dan TAWAKKAL adalah cara terbaik mencati YOUR INNER WARRIOR.

masih ada lagi cara-cara untuk membangkit kan inner warrior korg.. segalanya dari perspectif uncle. sila lah terus membaca etry akan datng (tak nk bace pun xpe ada Uncle kisah?) EHHH KISAH SEBENARNYA HAHAHA ... UNCLE SAYANG ALL MY READER (anak sedara uncle tanya kat sebelah ni "ada reader ke?" duusssshh kene sekeh kepala hahahaha mulut puake hahahahahha)



Tuesday, March 12, 2013

kan dah kate!!!

Assalamualaikum,
Salam sejahtera..

READERS apa khabar? (masalahnye ada ke reader ko?)

mohon maaf kerana terlalu lama meninggalkan blog ini, kerana... (jap nk susun alasan hehe)
1) terlalu sibuk dengan tahun akhir pengajian.
2)sibuk dengan kerja-kerja kajian akhit tahun almaklumlah kene membaca lebih banyak dari biase, terpaksa mencerna segala maklumat, dalm merungkai perkara yang tersingkap disebalik kajia-kajian manusia lain.
3) terlupa yang uncle ni ada blog hahahaha
4) sebab xda orang nak baca pun.. :( sedeyh sbb tu hilang semangat)

ape-ape pun kali ni insyallah uncle akan memulakan perkongsian kesah bersama anda semua. almaklumlah dah tamat dah pengajian di peringkat ijazah sarjana muda (apelah sangat kan). tetapi ianya tetap membanggakan saya kerana itu lah hasil usaha dan cita-cita ucle.

sekarang ni uncle meroyans skit sbb menjadi penanam anggur hehehe. asyik mohon keje je tak abis-abis. interbiew tak abis-abis. keje tak tau bile hahaha kengkawan dah asa yang dh stat keje. (xpelah rezeki memasingkan)

oklah nnati kite sambung lagi dimasa akan datang!!!

Friday, August 17, 2012

DISEBALIK ANAK KEDUA A.K.A ANGAH


Assalamualaikum readers! Salam sejahtera…

Semoga menjelang lebaran ini semua berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Almaklumlah saat-saat ini tenaga sangat penting bagi membuat persiapan menjelang hari lebaran nanti.
Ok! Entry kali ini adalah sedikit kaitan dengan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang nanti. Saudara mara, adik beradik, sahabat handai semua sudah mula pulang ke kampung halaman untuk merayakan hari kemenangan ini bersama-sama. Yang paling penting adalah kehadiran adik beradik yang tercinta melengkapkan suasana hari raya.
Antara kesemua adik beradik itu, ada salah seorang yang biasanya bersifat hero/heroin antara mereka, dan dia adalah mereka yang bergelar anak kedua atau sinnonim dengan pangkat angah. Tetapi entry uncle ini bukanlah untuk membezakan antara pangkat adik beradik, melalui pengalaman dan pengamatan dan pembacaan uncle si angah ini mempunyai kelebihan yang unik berbanding adik beradik yang lain. Siapa yang setuju maka teruskan membaca, siapa yang tidak setuju masih lagi disarankan membaca hehehehehe.

Mereka anak kedua,
Bukan mudah untuk si angah ini menjadi anak kedua dalam keluarga, kerana kata orang biasanya anak sulung@ si along  itulah yang paling disayangi kerana mereka adalah anak pertama menjadi lambang kepada cinta si Ibu dan si Ayah.

Yang bergelar angah,
Si angah ini bukan seorang yang kuat (mental@fizikal) kerana dia banyak bergantung kepada kekuatan si Along, tetapi tatkala si Along menjadi lemah, si Angah menjadi tiga kali ganda lebih kuat dari biasa bagi menggalas membantu keluarga.

Yang kedua dalam keluarga,
Pada pandangan uncle, si Angah pasti akan terdengar kata-kata yang terkeluar dari mulut ahli keluarga yang lain “sebenarnya selepas along mak nak anak lelaki/perempuan” (bergantung kepada jantina si Along) si angah merasa pasrah walaupun dalam tak kisah, dia tahu bahawa dia perlu berusah lebih untuk menjadi anak pilihan dalam keluarga.

Si angah selepas si Along
Jika di alam persekolahan, kehidupan si Angah banyak dibanyangi baying-bayang si Along. Apa yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan si Along. (biasanya sifat si Angah bertentangan dengan si Along). Pasti sering terdengar ayat-ayat “si Angah ni tak macam si Along ek?”. Atau disekolah aka nada yang bertanya “eh awak ni adik si Along kan? Lain bebenor lah awak dengan dia”.

Si angah tekanan nya lebih kerana selalu terpaksa berusaha lebih  selepas si along dalam akademik, kerana perlu menjadi sama/lebbih dari si Along jika tidak mahu diperkecil kan. Kerana memang Alonglah yang jadi contoh bagi kelurga ketika itu. Dan adik-adik yang lain mempunyai banyak pilihan kerana ada dua contoh sebelum mereka

Si Angah pada si Along,
Antara mereka berdua si Angah selalu beralah dalam pergaduhan. Mungkin kerana si Angah memang lemah atau Angah ni memang selalu kalah. Tetapi Along tidak selalu kejamkan (biaselah adik beradik sedangkan lidahpun selalu tergigit)

Si Angah yang memahami
Selalunya si Angah ini yang lebih banyak ringan tulang kerana sifatnya yang sangat memahami hati orang lain. Si Angah sangat sensitive dengan perubahan emosi angota keluarganya dan dia lebih suka meletakkan diri dia ditempat orang lain. Sebab itu kerja rumah selalunya si Angah ni selalu selesaikan kerana dia tahu penat si Ibu.

Abang/kakak kedua kepada adik-adiknya
Angah sering dilabelkan sebagai garang, dan adik-adik lebih suka si Along kerana Along pandai ambil hati. Si Angah bukan garang tetapi dia mahu adik-adiknya menjadi yang terbaik (dan adalah normal kerana perangai angah bertentangan dengan perangai alongkan)
Si Angah yang berdikari,

Dek kerana sering menjadi pilihan kedua dalam keluarga sebenarnya si Angah lebih pandai membawa diri dan berdikari, dan peka dengan keadaan sekeliling. Si Angah lebih cekap memujuk si Ibu dan si Ayah berbanding si Along. Pada pengalaman uncle semasa bersekolah, Mak Ayah uncle jarang menjenguk uncle disekolah berbanding si Along.

Si Angah anak kesayangan bagi seluruh keluarga
Si angah lebih peramah dan ringan tulang, dan sering menjadi kesukaan bagi pakcik, makcik dan sepupu kerana itu. Jika ada kenduri atau berkumpul dihari raya pasti mereka akan mencari-cari si Angah.

Itu serba sedikit tentang si angah, tetapi bukan semua si angah seperti yang dituliskan. Setiap orang mempunyai sifat dan kelakuan yang berbeza mengikut acuan keluarga masing-masing. Jika ada persamaan itu hanya kelakuan umum manusia.

Apa kata tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi lebih tentang siapakah si Angah bagi korang semua.

Selamat menyambut hari raya!!!!!
Maaf zahir dan batin

Wednesday, August 8, 2012

JOM CARI HAMPER RAYA DAN DUIT RAYA DARI EQBAL ZACK !

Assalamualaikum, Salam Sejahtera reader!

sempena raya ni uncle nak ajak kite bersama-sama menambah dan mengeratkan silaturrahim sesama kita, yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita rapatkan.

dalam masa yang kita boleh menambahkan duit poket atau hamper. macam abang Eqbal Zack, die buat contest sempena raya, bukan kita nk amik kesempatan tapi amik peluang hehehehe. dapat duit raye n hamper lagi ko! kelass ko Maria! hahahaha.

klik kt link Eqbal Zack atau baca sedikit detail contest tersebut:


Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...



Send a Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in no more than 50 words ................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................

Rules
1. This contest is open to all followers/fans of www.eqbalzack.com.
2. Contest starts 8 August 2012 (Wednesday) and ends on 12 August 2012 (Sunday), 11:59 pm.
3. All entries received after 12 August 2012, 11:59 pm will not be entertained.
4. Winners list will be posted on www.eqbalzack.com by 14 August 2012 (Tuesday, 10.00 am).
5. Blog about this contest (tag at least 1 blogger) on your blog with a link back to this post.
6. Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris should be submitted viaCONTACT FORM within this site. It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism.
7. Winners will be selected based on the most creative message (no more than 50 words).
8. Hamper cannot be exchanged for cash.

PRIZE x 2

AEON BASKET HAMPER (RM50) + Duit Raya (RM50)

Good luck guys!

tag kawan-kawan hehehehe :

Adab memberi pendapat

Assalamalaikum warahmatullahi wabarakatuh.. salam sejahtera reader sekalian.

SELAMAT MENYAMBUT PENGHUJUNG RAMADHAN KEPADA UMAT ISLAM.

OK entry kali ini uncle ada sedikit perkara yang nak dikongsi,

Akhir-akhir ini uncle perhatikan banyak perkara buruk yang terjadi dalam masyarakat kite sejak terciptanya LAMAN SOSIAL. Memang seronok bila ada akaun dalam Facebook, Tweeter dan yang lain-lain. Senang dapat berhubung.

tetapi ada sesuatu yang membimbangkan bakal terjadi kerana laman sosial ini akan mengurangkan perhubungan manusia secara semulajadi, masing-masing sibuk menguruskan "update status" dalam akaun masing-masing.

dan perkara yang paling jelas sekali adalah penggunaan bahasa yang bakal membuat orang lain salah faham dan konflik berlaku

baru-baru ini uncle ada perselisihan pendapat dengan abah uncle dan kami bertekak (but not too heavy) biase lah kan sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula anak beranak, well sometime conflict brings good things. oleh kerana uncle ni salah seorang dari golongan awal generasi Y maka pengaruh laman sosial agak kurang sikit jadi bahasa yang digunakan agak bertapis.

tetapi adik uncle pertengahan generasi Y agak terkena kesan pengaruh laman sosial ini, apa yang uncle perhatikan dia tidak pandai berlapik menggunakan perkataan dengan orang yang lebih tua dari dia. Kita yang mendengar ni pun dah panas apetah lagi yang orang tua tuh..... naik berang lah anak guna perkataan kurang ajar pada mereka!!!

bukan tujuan uncle nak memburukkan adik uncle tapi itulh sedikit dari kesan yang terjadi pada anak muda generasi Y. sebagai contoh lain, perbalahan dalam laman Facebook, bermula dengan luahan perasaan kepada orang tertentu, akhirnya bergaduh, perang besar walaupun tidak bertemu muka...

yang lebih teruk, sesuka hati memburukkan reputasi orang lain, sebagai contoh pelajar memberi tahu bahawa kelas yang diajar oleh pensyarah membosankan, di'update' sebagai status dalam facebook.

Apakah tidak wujud perasaan hormat atau menjaga air muke pensyarah terbabit? jika dengan pensyarah berani mereka berbuat begitu apatah lagi yang lain.

Banyak lagi contoh lain yang boleh kita cari melalui akuan sahabat-sahabat kita di laman sosial. tak perlu nk di ceritakan disini, uncle serahkan kepada reader untuk kita sama-sama menilai diri kita dan melakukan perubahan kepada keluarga kita.

P/S: sedih kerana nilai murni boleh hilang dek kerana pengguna kemajuan teknologi BARAT yang tidak tahu menilai kemurnian adat dan tradisi TIMUR

Sunday, June 3, 2012

Hatiku... menjerit lagi

Assalamualaikum, salam sejahtera..

tiba masa meluahkan perasaan aku akan luah kan 'disini',
org cakap tak elok wat mcm ni, tapi nk wat mcmana aku ni kekurangan kawan, erti kata lain sahabat yang benar-benar memahami aku,

minggu ini adalah minggu yang tersibuk sekali aku pernah lalui, berkhidmat sebagai jawatan kuasa orientasi UiTM Pahang, membuat persiapan untuk pembentangan kajian akhir tahun, menyudah dan menghantar tugasan, persediaan ujian, dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir.

tambahan lagi poket ku sudah kekeringan, dah lama tak telefon mak, hanya berhubung melalui sms bagi menjimatkan 'kredit'. itupun kadang2 mak tak balas (mungkin mak pun dlm keadaan yang sama. Aku tak sanggup lagi nak mintak bantuan perbelanjaan buat masa sekarang ni sebab dah dua kali aku dengar nada mak sebak masa aku ceritakan betapa perlunya aku terhadap duit sekarang ini. Minyak kereta (orang ada kereta tak semestinya senang), wang makan, wang untuk menyelesaikan tugasan, hutang kawan-kawan dan sebagainya. Pada kali terakhir bercakap dgn mak, dia berpesan supaya aku wat bersungguh-sungguh, walaupun kekurangan sumber, insyallah masa hadapan akan lebih senang.

pada masa sekarang aku membuat keputusan menangguhkan dahulu tugasan dan menumpukan pada pembentangan projek akhir tahun. keyakinan aku terhadap projek ini tidak terlalu tinggi kerana aku merasakan ada informasi yang aku tidak habis kaji, tetapi untuk diselesaikan pada masa sekarang agak mustahil kerana pembentangan adalah hari esok. ( aku akan kaji selanjutnya selepas pembentangan bagi menguatkan lagi kajian aku)


tumpuan aku pada pembentangan pada hari esok.. semoga segala berjalan dengan lancar
(Ya Allah kau permudahkan lah urusan hambamu ini)

Thursday, May 10, 2012

Panduan menggunakan makmal oleh Uncle Lee

Asslamualaikum, salam sejahtera...

entry kali ini menceritakan serba sedikit tentang bagaimana hendak menjalankan eksperimen di dalam makmal.
Yeeee?? kenape? tak percaya? hahahaha memang ini lah yang uncle akan ceritakan pada entry kali ini (hehehe macam poyo kan?).

beginilah keadaannye kalau dah lama sangat duduk dalam makmal buat eksperimen (konon). bukan ape sekurang-kurangnye uncle berkongsi sesuatu yang berilmiah agar ilmu yang disampaikan dimanfaatkan dan menjadi bekal ke akhirat sana (insyallah).

OK! tanpa membuang masa, uncle senaraikan panduan yang korang takkan jumpe tertulis dimana-mana panduan dan peraturan dibilik makmal samada disekolah, dikampus, mahupun ditempat kerja:

1. Mulakan dengan Bismillah bagi yg beragama Islam, dan memberi salam semasa masuk kedalam makmal.

2. Perkenalkan diri kepada pembantu makmal dan tunjukkan surat permohonan menggunakan makmal yang telah diluluskan oleh pihak tertentu. (kalau korang nak stay berbulan-bulan dalam makmal macam uncle korang bawak tilam ngn bantal sekali hahahaha)

3. Terangkan kepada pembantu makmal tentang ujikaji yang akan dijalankan dan sediakan bahan-bahan dan perkakas secukupnya (macam nak memasaklah kan senang je) tapi kalau barang tak da korang kena tempah dan itu akan mngambil masa dan ujikaji korang terpaksa ditangguhkan (so prepare awal-awal)

4. Kalau boleh sediakan jadual bile korang nak guna makmal dan perkakas yang ada dalam makmal tu, sebab kadang-kadang korang terpaksa berkongsi dengan orang lain sebab ujikaji korang tu kekurangan budget. (berangan nak wat ujikaji "bombastik tapi budget ciput hehehehehe tapi kadang-kadang ada yang berjaya ye)

5. Lepas tu berbaik-baiklah dengan pembantu makmal tu jangan lah sombong sebab kalau ada pape korang akan terhegeh-hegeh cari die dulu sebab die saje yang terperap dalam makmal tu sampai pencen hahahaha. korang leh belanje makan ke, minum teh ke atau korang tapaukan untuk die supaya setiap kali kedatangan korang die akan sambut dengan meriah nye hehehehehe (bodeks).

6. Baca dan faham semua peraturan dalam makmal dan bagi melancarkan ujikaji korang, mahirkan dahulu menggunakan perkakasan dan mesin dalam makmal tersebut supaya tidak berlaku kesilapan nanti (hehehe cakap berdasarkan pengalaman).

7. Kalau ujikaji korang tu memakan masa yang lama, pepandai lah korang lakukan perkara yang berfaedah semasa mendapatkan keputusan ujikaji tu. tapi korang lak main teng teng, main kejar-kejar kerana itu perkara yang melalaikan. lebih korang main sorok-sorok dengan pembantu makmal supaya dia pun tak boring hehehehe.

8. OK akhir sekali setelah habis ujikaji maka janganlah lupa mngucapkan syukur dan berterima kasihlah kepada pembantu makmal kerana dia adalah penunggu makmal tersebut selamaa anda disitu hehehehe.

terkujat!!!!
Uncle Lee: Bagaimana Tuan-tuan dan Puan-puan? entry kali membantu tak?
ok selamat mencuba!

Roomate: ko ingat berapa ramai lah sangat yang wat keje dalam makmal macm ko tuh? mana ada orang nak bace hahahaha

Uncle Lee: suke ati aku lah!! Blog aku! KO ADA?!!! (dengan muke serius)

 Roomate: berlalu dengan kecewa (menyumpah dalam hati lah tu)

 Uncle Lee: Ok !! jumpa lagi pada entry yang akan datang!!!!!
NAK BER'BLOG' WALKING JAP.....