Wednesday, June 29, 2011

Uncle lee : Besarnya peranan manusia kecil disekeliling ku

ASSALAMUALAIKUM UNCLE punye READERS!
Pernahkah anda semua terfikir tentang kenapa Allah menemukan kita dengan manusia yang kita sendiri tidak pernah terfikirPun untuk bertemu. Di dunia ciptaan tuhan yang Maha luas ini kenapa kita yang terpilih untuk bertemu dengan segelintir manusia ini. Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui.

Uncle pun baru je terfikir semua ini, selama ini uncle tak da pun nak fikir kan semua ini, yelah perkara yang berlaku hari-hari kita bertemu dan berpisah. jadi kita tidak pernah nak menghargai setiap detik bersama (walaupun tiga minit) sehinggalah kita kehilangan orang tersebut. Masa tu lah segala kenangan menjadi Filem pendek falsh back semula kan.

ok apa yang membuatkan Uncle nak bercerita tentang topic ini adalah, pagi tadi seperti biasalah bersiap nak pergi kerja. Sudah lah Uncle bangun lewat, so mood pagi tidaklah berapa baik, tiba je office punchcard machine yang sangat awal dari jam Uncle menaip pada Punchcard Uncle 08;03 pagi dengan warna merah. Bertambah tak ada moodnye Si Uncle yang muda ini hahahaha. Masuk je office, seperti biasa En. Kaha Staff Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Pahang sedia dengan senyuman menyambut aku hehehehe. En Kaha ni memang terkenal dengan murah senyumannya, Uncle yang dah biasa dengan cara beliau tidaklah endah sangat, buat macam biase je. So keje yang menanti pun berlambak hahahah sebab sebagai pekerja part time Uncle tidak lah kena buat kerja-kerja yang penting, kerja Uncle hanya perlu menghantar surat (mat despacth), Penyambut tetamu dan kadang-kadang buat kerja-kerja kaunseling ringan (ada ke? hahahaha).

Jadi Uncle pun mula mengumpul surat yang hendak di hantar ke HEA/HEP/pentadbiran UiTM Pahang dan Ayamazz Roti Impit (hahahaha itu lah tempat Uncle lepak pas wat keje-keje menghantar surat, lagipun diorang sume housemate uncle). Mula je Uncle keluar dari office dengan mood yang tidak seberapa baik, Uncle terserempak dengan MAkciK-MAkCik / AKAk-akAK Cleaner, diorang selalu tahan Uncle and mintak 20sen kalau nak lalu kawasan diorang hahahaha dan kami pun berborak lah sekejap diorang memang lawak dan yang paling kelakar sekali adalah diorang melatah, OCOPOT!!!!!

Barulah mood Uncle terasa Happy sedikit barulah ceria hidup sikit hehehehehe... Uncle pun teruskan urusan pejabat Uncle tetapi staff-staff pejabat pulak yang banyak kerenahnye, nak itulah inilah itu tak lengakap ini tak lengkap, Mood Uncle Turun kembali almaklumlah KARENAH BIROKRASI, so pas siap je kerja-kerja semua baru lah Uncle turun ke AYAMAZZ ROTI IMPIT lepak sekejap dengan housemate-housemate Uncle dan tolong sikit-skit diorang kalau ramai customer. diorang lagilah happening kadang-kadang sampaii pecah perut nak gelak, kalah tau MAHARAJA LAWAK.

Habis melepak Uncle kembali ke office dan kali ini tak ada kerja sebab sume dah settle. SO, apa lagi Uncle pun update blog dan buat entry ni hehehehe. (banyak mengular dari kerja, korang perasan tak? hahahahaha.). sebenarnya kerja Uncle banyak tertumpu kepada perancangan aktiviti kelab PEERS UiTM PAHANG, so banyak berfikirlah jadi kenelah berjalan untuk mencari idea yang fresh.
Banyaknye menyimpang dari entry, macamana Uncle terfikir untuk menulis entry ini adalah sebagai kredit kepada manusia kecil dalam hidup Uncle. Kepada Mak,Abah dan family Uncle memang Uncle tidak Nafikan diorang wajib dihargai. Tetapi kini Uncle Jauh dari diorang jadi manusia kecil disekeliling Uncle lah yang mewarnai hidup yang sementara ini.
TERIMA KASIH POJI! Setiap pagi kawan Uncle, BOSS OF FF JAYAMAJU SDN. BHD iaitu MR. FAUZI akan kejutkan Uncle, dia ni memang bagus sebab dari kami diploma lagi itulah tugas beliau (hahahaha nampak sangat Uncle susah bangun pAgi) 
TERIMA KASIH SHAH! Kadang-kadang Uncle nak keluarkan kereta dari parking THE BIG BOSS OF FF JAYAMAJU SDN.BHD yang menjadi pemilik kepada AYAMAZZ ROTI IMPIT, MR. SHAHRUL akan mengalihkan kereta beliau, so dapatlah Uncle keluarkan kereta dan pergi kerja.
TERIMA KASIH KEON AND FAKHRUL. kerana menjadi roomate yang baik hehehehe korang kelakar nak mati hahahaha.
TERIMA KASIH EN.MD KAIL. kerana memberi peluang kepada saya untuk bekerja dibawah encik. Banyak yang saya pelajari dari Unit Kerjaya dan KAunseling.
TERIMA KASIH PUAN SALWANI,PUAN FARHANA, EN. KAHA. kerana tunjuk ajar dan nasihat yang kalian berikan untuk saya mencari pengalaman bekerja.
TERIMA KASIH AKAK-AKAK CLEANER. kerana sudi menceriakan hari-hari Uncle hehehehe.
POKOKNYA, (wajah macam cerita indon) TERIMA KASIH YA ALLAH, KERANA TELAH MENGURNIAKAN MANUSIA KECIL DISEKELILINGKU. DAN MANUSIA INILAH YANG MEWARNAI HIDUPKU. SEMOGA KALIAN DIRAHMATI ALLAH... AMIN.

No comments:

Post a Comment