kita sambung kembali kisah Kem Kaca dan kali ini adalah penamat kisah Kem tersebut.
hari ketiga dimulakan dengan Menghadap Tuhan Yang Maha Esa... Alhamdulillah diharapkan hidup kita bakal menuju kearah yang lebih positif.
hari ini 26hb 7 2011, adalah merupakan hari yang terakhir dalam kem chengal ini.
seperti biasa senaman pagi yang akan membantu para peserta menghargai kesihatan.
Selepas sarapan, mereka memulakan aktiviti ceramah, well sudah hari terakhir maka segala aktiviti yang dilakukan akan menjadi ringan sahaja.
untuk slot yang pertama mereka mendengar ceramah dari Kaunselor UiTM Pahang iaitu Puan Salwani Ibrahim.
SLOT KEDUA:
mereka bersama dengan Rektor UiTM Pahang Y.H Prof Madya Dato' Dr. Hj. Hilmi Bin Abdul Rahman. Tuan Rektor kita ini sememangnya seorang yang amat mengambil berat tentang hal kebajikan pelajar, selama yang Uncle ingatlah, Prof. Hilmi tidak pernah 'miss' pun program kaca ini. Kerana dia percaya ramai antara pelajar ini ingin berjaya tetapi mungkin tidak mengetahui bagaimana jalan yang sebenarnya. Jadi Dato' juga turun bagi memberi semangat kepada pelajarnya.
| BERSAMA DATO' REKTOR |
emmmm.. slot akhir adalah yang sangat-sangat ditunggu-tunggu oleh peserta, almaklumlah dah nak abis...
sesi terakhir dinamakan MENCARI WAN ZALEHA. slot mencari wan zaleha ini adalah slot yang akan merumuskan segala aktiviti yang telah dilakukan sepanjang kem berlangsung. Mencari wan zaleha adalah slot muhasabah diri dan menginsafi kejadian diri. Seperti biasa, slot ini akan diakhiri dengan tangisan (uncle tak tahulah tangisan jenis apa hehehe) diharapkan peserta akan berusaha mempertingkatkan potensi diri ketahap maksimum.
RUMUSAN:
SECARA KESELURUHANnya Uncle sangatlah berpuas hati dengan Kem Kaca 2011 ini, segala disiplin peserta terjaga, dan apa yang penting mereka semua enjoy dan bergembira sepanjang Kem Kaca ini. Kami di pihak Unit Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada trainers dan peserta dengan komitmen yang telah diberikan. Terima kasih
| DAri kiri: Uncle lee, Puan Salwani, Puan Farhana, Cikgu Nayan, En. Kaha, En. Khairi, En, Mad Kail dan En. Lan |
| COVER ALBUM HEHEHEHE |
No comments:
Post a Comment