lama dah uncle tak berceloteh ni, memang rindu sangat nak menaip dan berceritera disini...
OK kali ni uncle nak bercerita tentang Kem Kecemerlangan Akademik atau pendeknya KACA.
Kem kaca ni adalah untuk memantapkan dan meningkatkan keyakinan peserta yang terdiri dari pelajar terpilih UiTM Pahang. orait, kem ni telah berlangsung dari 24 hingga 26 hb jun 2011dan bertempat di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang. dittapak kem chengal yg indah dengan suasana kem rimba yang sangat nyaman.
pada petang jumaat selepas solat jumaat 24hb jun kami semua bertolak ke kuantan dengan 3 buah bus yang membawa 76 orang peserta terpilih (uncle dh pergi awal-awal lagi sebab nak setup barang dan khemah disana). sampai sahaja pelajar di kem chengal, kesemua pelajar unpack barang mereka dalam khemah yang telah uncle sediakan. dan bermula lah siksaan mereka selama tiga hari disana (hahahah gelak jahat) sebenarnya bukan siksa tapi kami semua berusaha membuka mata hati mereka agar melihat potensi diri masing-masing dengan lebih jelas.
HARI PERTAMA: 24 jun 2011
program bermula sebaik sahaja mereka sampai di kem chengal ni, segala penerangan diberikan agar peserta tidak melakukan perkara-perkara yang akan mendatang kan bahana, kerana difahamkan kawasan ini kerass dengan pokok-pokok balak, batuuan yang keras dan macam-macam lagi yang keras (hahahahaha).
SELEPAS makan malam, solat maghrib dan kuliah maghrib, kami melakukan aktiviti "YANG PENTING BUKAN APA YANG DIKATA... TAPI" aktiviti latihan dalam kumpulan ini seronok sebab mereka akan berdebat tentang pembinaan pulau harapan mereka. Pelbagai Idea dikeluarkan kreatif walaupun persembahan agak hambar. aktiviti ini memberi kita membuka mata dan berfikir bagaimana jika suatu hari nanti dunia ditimpa bencana dan hanya tinggal 20 orang shaja manusia lelaki dan wanita termasuk diri kita terkandas disatu tempat dan hanya ada sebuah bot yang memuatkan barang-barang keperluan negara. yang paling kritikal adalah bot itu hanya dapat memuatkan 5 orang sahaja, so sebagai seorang pemimpin tamadun manusia terakhir kita terpaksa pilih 5 orang antara 20 manusia yang tinggal untuk dibawa ke satu-satunya pulau yang tinggal untuk membina kembali ketamadunan negara 'pulau harapan'. setiap manusia yang tinggal itu mempunyai PRO dan CONTRA mereka yang tersendiri, contohnya seorang saintis yang bijak tetapi suka membina sesuatu yang memusnahkan dan juga seorang ibu yang berguna untuk menyambung zuriat tetapi mengandungkan anak luar nikah. Emm pening gak masa uncle tengok diorang disscuss nak pilih sape antara 20 manusia tu, ada yang bergaduh, yang berlakon jadi watak-watak dalam tu pun ada hahaha nak amik feel punya pasal.
Tetapi bagi uncle game ini sangat menarik dan alal-ala 2012 punye movie kan? Tetapi uncle lee nak tegur sedikt lah tetang performance aktiviti ini, ada kelemahan dalam presentation antaranya adalah :
- peserta takut untuk berkomunikasi dengan penonton. uncle faham korang baru tahun satu, tapi inilah masa untuk mencuba lawan perasaan malu itu.
- jelas terlihat yang kebanyakkan peserta tidak mempunyai pengetahuan am yang luas, banyak isu semasa yang didebatkan tidak mengikut fakta semasa main auta je..
- kebanyakkan peserta hanya berani untuk menjadi langau besar dibelakang berbanding berani membangkang secara solo, dan ada juga perangai mereka yang suka menjadi nasi tambah berbanding keluar dengan idea sendiri yang lebih bernas.
- most of them are not able to think out of the box, asyik-asyik dengan dunia korang je contohnye korang asyik cerita tentang UiTM lah, cerita tentang kawan-kawan yang sama level pemikiran dengan korang. Nasihat uncle adalah, kita sama-sama pelajar Universiti Teknologi MARA Pahang jadi kita sepatutnya belajar untuk berfikir bagaimana seorang mahasiswa yang berkualiti berfikiran.
itu lah antara aktiviti pada hari pertama kem KACA, esok mereka akan disajikan dengan aktiviti fizikal yang tidak disangka-sangka (hahahahaha gelak jahat). kepada readers nantikan 'Uncle lee : Kem Kecemerlangan Akademik (KACA) - PART 2'
UNCLE banyak gak amik gambar diorang sebagai kenangan. antara gambar yang sempat lensa camera yang uncle pinjam rakamkan sepanjang hari pertama. SELAMAT MENJAMU MATA!!!!!!!!
| SESI PENERANGAN OLEH KEM KOMANDER MR.KHAIRI |
| KHUSYUK MENGISI BORANG |
| BAHAGIAN MAKAN YANG PALING BEST |
| KEWAJIBAN TERHADAP YANG SATU DITUNAIKAN DULU |
| KAUNSELOR UiTM PAHANG kiri PUAN SALWANI kanan PUAN FARHANA |
| KETIKA PRESENTATION |
No comments:
Post a Comment