Monday, June 27, 2011

Uncle lee : Kem Kecemerlangan Akademik (KACA) - PART 2

ASSALAMUALAIKUM, UNCLE READERS!!!!!!
OK! entry kali ini kite nak sambung cerita tentang kem kaca di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Kuantan Pahang yang telah dianjurkan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Pahang.

HARI KEDUA : 25 JUN 2011
BERBARIS/BERKAWAT MEMANG TAK BOLEH NAK ELAK
PAGI-PAGI lagi peserta dah dikejutkan untuk menunaikan perintah yang Maha Esa, Alhamdulillah dengan izinNya kami masih bernafas untuk meneruskan pengembaraan dalam Kem Kaca kali ini. Seusai perjalanan kerohanian subuh, peserta bersiap sedia untuk aktiviti fizikal iaitu senaman pagi.. macam-macam gerakan diorang lakukan, nampak sangat mereka ni kurang bersenam (hahahaha gelak jahat).





SELESAI BERSENAM, macam biaselah sarapan dahulu kemudian bermula slot Uncle pada pagi hari. Uncle bukanlah nak bagi ceramah dan sebetulnya uncle tak tahu pun ada satu slot yang telah disediakan oleh pihak Kaunseling untuk uncle, so uncle dengan gugupnya berkongsi dengan peserta-peserta yang uncle anggap macam adik-adik uncle, uncle berkongsi dengan diorang cerita kisah hidup uncle yang susah dahulu dan keinginan untuk mencapai pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Diorang memang bersemangat untuk mengetahui sampai mata diorang terus tertumpu sampai "nerbes" uncle hahahahaha. Jadi untuk tidak menghampakan diorang semua uncle pun kongsi dengan diorang bagaimana tips-tips untuk menuntut ilmu di universiti, teknik-teknik yang berguna yang uncle dapat dari senior-senior yang telah berjaya dahulu, dari bacaan dan amalan uncle selama ini. Harap-harap diorang adaptasikan tips-tips tersebut dalam kehidupan mereka mengikut acuan masing-masing (ada juga tips-tips hitam yang uncle sempat kongsi dengan peserta bagaimana ponteng kelas dengan bijak hehehehe)
UNCLE BERCELOTEH

SELEPAS uncle selesai sesi perkongsian, rupa-rupanya hampir 2jam hahahaha (dalam segan-segan bile dah mula bercakap, tak sedar diri hahahaha). Kemudian mereka melalui sesi bersama Puan Farhana, Kaunselor UiTM Pahang iaitu "pengurusan stress".
SESI PENGURUSAN STRESS

PADA sesi pengurusan stress ini, Puan Farhana mengajar teknik bagaimana untuk menyalurkan stress ke seluruh bahagian anggota badan yang mana ianya akan mengurangkan gangguan stress tersebut dari bertampat buruk. Uncle cerita sedikit bagaimana caranya : Duduk dalam keadaaan selesa. Kemudian pejam mata, dan genggam tangan sekuat yang mungkin, ketatkan genggaman secara perlahan-lahan ke tahap maksimum. kosong kan fikiran salur kan rasa tertekan keseluruh otot dan bernafas secara konsisten. bila selesai buka mata perlahan-lahan dan relax. Selamat mencuba!!!




SESI BERSAMA TIMBALAN REKTOR UiTM PAHANG.
TIMB. REKTOR UiTM PAHANG, Encik Mohktar Bin Samat yang hadir hari tersebut adalah untuk menyokong peserta agar lebih bersedia untuk menghadapi cabaran akan datang dan beliau juga bercerita tentang bagaimana kesusahan itu mampu untuk merubah seseorang untk menaikkan potensi kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik.






PETANG HARI
hari ini, mereka akan disajikan dengan aktiviti fizikal yang mereka tidak disangka-sangka (hahahahah gelak jahat). KEMBARA itu nama aktiviti tersebut, mereka diberi penerangan sebelum masuk kedalam hutan seperti seluar hendaklah diikat dengan kemas, kasut diikat dengan kemas, dan macam-macam lagi.
BERSEDIA !!!
sangat seronok KEMBARA berhalangan ni. ok tanpa membuang masa Uncle mempersembahkan Lensa Camera KEMBARA BERHALANG!!!:













3




2





1




GO!!!





SEBELUM ITU!! cerita ini tidak tamat lagi.. uncle akan tamatkan cerita ini nanti dan kalau nk tahu penamat kem kaca 2011 ini tengok kat Uncle lee : Kem Kecemerlangan Akademik (KACA) - PART 3 ok!!!

























SETELAH BERJUANG BERHABIS-HABISAN


No comments:

Post a Comment