Dah lama uncle tak update blog.. selepas macam-macam perkara berlaku pada uncle, kereta rosak lah (12jam tersadai di jalan duta), masuk je awal minggu ni keje kt office terus sampai menggunung. Dan Uncle dapat tawaran buat praktikal di luar negara empat bulan hehehe seronok! tak sabar nak kesana lepas raya Uncle akan terbang kesana, Insyallah.
OK entry kali ini uncle nak cerita sedikit tentang keunikan satu kawasan yang berdekatan dengan rumah Uncle, iaitu Pekan Sehari Bandar Temerloh Pahang. Mungkin anda pernah terbaca dimana-mana website atau blog yang pernah menceritakan perkara yang sama, tetapi Uncle ada paparan dari MYlensa, 'Let's check it out!"
pekan sehari temerloh ini sudah lama bertapak disini dan telah lama menjadi pusat perdagangan yang terkenal seluruh pahang. sejak dari zaman atuk dan nenek Uncle lagi sudah wujud pekan sehari temerloh ini atau orang tempatan gelar 'pekansari'. Pekan sehari ini terletak ditepi sungai sejak dahulu hingga lah kini dan Uncle rasa itulah identiti yang unik tentang pekan sehari temerloh ini. Jika dahulu para pedagang datang dari seluruh pelusuk kawasan dengan menaiki bot, sampan serta rakit, dan menurut cerita orang-orang terdahulu, Sungai Pahang akan sesak (macam traffic jam kt KL kot hahah) sehingga kini pekan sehari tetap mengekalkan identiti dan warisannya mengikut arus zaman.
seperti biasa, pabila free mak Uncle akan ajak ke pekan sehari temerloh untuk mencari barang-barang keperluan harian (Uncle suka pergi sebab nak tgok gelagat orang disana) sebelum kesana Uncle membuat persiapan dahulu, seperti sediakan besen, atau bekas untuk mengisi barang basah kerana nanti konfirm berbau ikan,ayam dan yang seangkatan dengannya dalam kereta tu hahaha.
![]() |
| yang tudung hijau tu Datin zaharah (mak Uncle) berbaju biru mak mertua datin zaharah a.k.a nenek Uncle hehehe |
AYAM! IKAN! KERANG! SOTONG! MARI KAK! MARI ABANG! MUROH BELAKE!
seperti biasa adalah section barang basah dalam setiap pasar kn? hehehe takdalah unik mana but this section is just nearby the Pahang river tau. so kalau ikan tu nk melepaskan diri memang ada big chances lah hahahaha. ikan-ikan sungai or laut sangat segar dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
SAYUR! SAYUR! buah-buahan pun adeee!!!
INI section sayur dan buah-buahan. disini semua jenis buah-buahan bermusim atau tidak, boleh didapati disini. buah tempatan sampai lah yang import semua ada! Amazing right? ahahahhaa. dan yang penting kalau sesiapa yang dah susah nak jumpe tanah untuk bercucuk tanam (umah flat) disini ada bermacam-macam jenis sayuran, ulaman, boleh dibeli disini. Dan kalau korang jumpe sayur asli dari kampung dan Uncle gerenti ORGANIK!KUIH MUIH! SEDAP PEPALEH WEH!!!
KUIH MUIH adalah section yang Uncle paling suka!! YUMMMMMMYYYY!!!
macam-macam kuih ada tradisional? modern? sume ada!!! cakap tak gune mari tengok.
pada yang dah lama mengenali pekan sehari ini pasti akan mengunjungi gerai yang menjual kopi ini, pakcik ni dah memproses kopi sendiri sejak sekian lama dan kopinya sangat terkenal dikalangan penduduk tempatan.
sebelum entry ini berakhir, Uncle ada ujian untuk korang hahaha nak tengok kepakaran korang tentang bahan mentah ni.. ok teka apa dalam gambar dibawah ini:
APAKAH NAMA MEETING IKAN INI?
APAKAH NAMA IKAN INI?
AYAM YANG WARNA KUNING TU AYAM APA?
OK SEKARANG NAMAKAN KUIH-MUIH DALAM GAMBAR INI.
INI ADALAH BIJI BENIH TAU, BIJI BENIH APAKAH INI?
OK YANG PUTIH TU APA? DAN YANG HIJAU TU APA?
KUIH APA DALAM GAMBAR INI?
MACAMANA? DAH DAPAT JAWAPAN?
ok sekarang Uncle nak jamu mata anda dengan gambar-gambar lain dari lensa Uncle...
CHECK IT...










































i like your photo essay...keep on writing!
ReplyDeletetq for reading
ReplyDeletehye uncle lee...haha...bru ni jumpe blog ko...bes2..pekan sari temerloh memang best..my mum pon suke pegi sane..huhu...tp jauh sangat la plak kan...=)
ReplyDeletetq cik nurul.. hehehe boleh je nak g ajak je abang hahahha
ReplyDelete