Assalamualaikum semua..
Hahaha hari ini cukup berdebar hati uncle,
yelah mana tak nye, uncle dah berpulun menyiapakan persiapan raya. hari ini sahaja dah siap kuih bahulu, kemas rumah dah settle, tinggal decoration je sebab barang tak beli lagi. Tetiba berdebar hati ini..
Yang menjadi debar nye ialah,
Pertama mak uncle datang umah nenek dalam keadaan demam. Panas badan mak, tapi dia tetap nak balik umah nenek, tengok persiapan raya. Dan dia juga tetap gagahkan diri untuk mencari barang-barang persiapan untuk memasak, sebab kali ini adik beradik dia nak balik rumah kami untuk menyambut raya bersama-sama seperti tahun-tahun lepas. Sebelum tidur tadi mak mengadu sakit lutut pula, abah urut kan sampai mak tertidur atas sofa (kesian mak). Esok dia dah janji dengan adik uncle untuk pergi kepasar cari bahan-bahan nak memasak, harap-harap esok mak sihat. Uncle pula dah janji denga atuk dan nenek untuk tolong diorang bakar lemag esok, So tak dapat tolong mak.
Kedua, keret abah pulak nyaris-nyaris masuk paya sebab brek kereta kurang berfungsi. Masa kereta tengah bergerak ke paya, hati uncle rasa macam nak tercabut memikirkan abah. Mak dah menjerit masa abah cuba tahan kereta dia. Fuh memang berdebar lah. Abah luka kedua siku dia dan sakit badan sebab nak melompat masuk kereta dan tekan pedal brek. But alhamdulillah abah tak apa-apa.
Uncle harap tiada lagi debaran dasyat yang akan dilalui menjelang raya, cukuplah itu sahaja rasa tak sanggup lagi tengok wajah sakit perit mak dan Abah, biarlah wajah gembira sahaja. Sebab kalau boleh nak tengok wajah manis diorang sebelum uncle berangkat ke Indonesia nanti (walaupun pergi sekejap je kan).
Harap kali ini abang sulung Uncle buat kejutan dengan bawa cucu pertama mak dan abah balik beraya bersama-sama kami, amin..
No comments:
Post a Comment