Sunday, August 28, 2011

Pengertian Raya Bagi Diriku

Assalamualaikum semua,
Agak berhari-hari lah uncle xda masa nak mengadap blog yang tidak seberapa ni. Biase lah kalau hampir dengan raya ni macam-macamlah yang perlu diselesaikan. Ok, kali ini uncle nak bercerita tentang pengertian raya bagi uncle (itu pun kalau korang sudi bacalah) here we go....

Bila tiba hari raya, semua orang bergembira... (korang jangan nyanyi lak nanti hujan tak leh beraya hahaha)
tapi bagi uncle bergembira tidak lagi kerana tiba masa uncle untuk mengembirakan orang lain. Kalau dulu-dulu setiap kali raya uncle jadi tak sabar-sabar kerana dapat baju baru, kuih muih yang best dan bersama sepupu sepapat yang best sangat.

Tapi sejak beberapa tahun dulu, semua tu dah tak penting lagi dah kerana raya bagi uncle bukan lah untuk diri uncle, ianya adalah untuk mengembirakan mak dan abah uncle yang paling utama, kemudian adik beradik uncle, dan terpenting adalah atuk dan nenek uncle. Baju raya? dah tak penting lagi kerana uncle perlu memikirkan persiapan raya yang macamana mak uncle nak, dan balik kampung bagi memeriahkan suasana dan mengembirakan hati atuk dan nenek.

Uncle tak nak lagi lihat air mata mak mengalir pada pagi syawal, mak pernah menangis sebab abang sulung dan kakak ipar uncle tak balik beraya pada hari raya pertama. mak tahu abang memang diorang tak dapat cuti, but dari Klang ke Mentakab bukan jauh sangat diorang boleh balik hari je kot. Pada hari tu Mak dan Abah mengurungkan diri dalam rumah pada hari raya pertama. Kami adik beradik yang tinggal tak tahu nak buat apa, jadi sebagai anak kedua, uncle ambil kunci kerata dan bawa diorang ke rumah nenek selepas solat hari raya.

dalam hati sangat terguris dengan sikap abang yang tak reti baca kehendak hati mak, sebagai adik, uncle nasihat abang uncle but tak tahu lah apa jadi selepas tu, uncle malas nak ambil tahu sebab hati uncle sakit tengok mak menangis.

Tapi walau pun kini mak dah boleh terima yang abang susah balik beraya sebab bertugas sebagai polis trafik, tapi jauh dihati mak nak beraya atau atleast berpuasa bersama anak sulung, menantu dan cucu dia yang sorang tu. Mak selalu tanya uncle 'ada abang bagitahu nak balik bile?' kadang-kadang uncle terpaksa menipu untuk sedapkan hati mak.
So sekarang Uncle dah nekad untuk melayan sahaja kehendak hati mak, sebab uncle dah macam take over tugas sebagai anak sulung (mengikut keadaan). Tak sanggup nak tengok air mata kesedihan pada wajah mak dan abah.

Walaupun luaran uncle bukan seorang yang kuat tapi Allah dah kurniakan hati yang sangat kukuh dan tabah untuk uncle berkhidmat pada Mak dan Abah sampai akhir hayat mereka.
YA ALLAH AKU MEMOHON KEPADA KAU AGAR PANJANGKANLAH UMUR KU AGAR MAMPU UNTUKKU BERKHIDMAT KEPADA MAK DAN ABAH. DAN KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSA MEREKA, SAYANGILAH MEREKA SENAGAI MANA MEREKA MENGASIHANIKU KETIKA KECIL. AMIN...

No comments:

Post a Comment