Thursday, May 10, 2012

Panduan menggunakan makmal oleh Uncle Lee

Asslamualaikum, salam sejahtera...

entry kali ini menceritakan serba sedikit tentang bagaimana hendak menjalankan eksperimen di dalam makmal.
Yeeee?? kenape? tak percaya? hahahaha memang ini lah yang uncle akan ceritakan pada entry kali ini (hehehe macam poyo kan?).

beginilah keadaannye kalau dah lama sangat duduk dalam makmal buat eksperimen (konon). bukan ape sekurang-kurangnye uncle berkongsi sesuatu yang berilmiah agar ilmu yang disampaikan dimanfaatkan dan menjadi bekal ke akhirat sana (insyallah).

OK! tanpa membuang masa, uncle senaraikan panduan yang korang takkan jumpe tertulis dimana-mana panduan dan peraturan dibilik makmal samada disekolah, dikampus, mahupun ditempat kerja:

1. Mulakan dengan Bismillah bagi yg beragama Islam, dan memberi salam semasa masuk kedalam makmal.

2. Perkenalkan diri kepada pembantu makmal dan tunjukkan surat permohonan menggunakan makmal yang telah diluluskan oleh pihak tertentu. (kalau korang nak stay berbulan-bulan dalam makmal macam uncle korang bawak tilam ngn bantal sekali hahahaha)

3. Terangkan kepada pembantu makmal tentang ujikaji yang akan dijalankan dan sediakan bahan-bahan dan perkakas secukupnya (macam nak memasaklah kan senang je) tapi kalau barang tak da korang kena tempah dan itu akan mngambil masa dan ujikaji korang terpaksa ditangguhkan (so prepare awal-awal)

4. Kalau boleh sediakan jadual bile korang nak guna makmal dan perkakas yang ada dalam makmal tu, sebab kadang-kadang korang terpaksa berkongsi dengan orang lain sebab ujikaji korang tu kekurangan budget. (berangan nak wat ujikaji "bombastik tapi budget ciput hehehehehe tapi kadang-kadang ada yang berjaya ye)

5. Lepas tu berbaik-baiklah dengan pembantu makmal tu jangan lah sombong sebab kalau ada pape korang akan terhegeh-hegeh cari die dulu sebab die saje yang terperap dalam makmal tu sampai pencen hahahaha. korang leh belanje makan ke, minum teh ke atau korang tapaukan untuk die supaya setiap kali kedatangan korang die akan sambut dengan meriah nye hehehehehe (bodeks).

6. Baca dan faham semua peraturan dalam makmal dan bagi melancarkan ujikaji korang, mahirkan dahulu menggunakan perkakasan dan mesin dalam makmal tersebut supaya tidak berlaku kesilapan nanti (hehehe cakap berdasarkan pengalaman).

7. Kalau ujikaji korang tu memakan masa yang lama, pepandai lah korang lakukan perkara yang berfaedah semasa mendapatkan keputusan ujikaji tu. tapi korang lak main teng teng, main kejar-kejar kerana itu perkara yang melalaikan. lebih korang main sorok-sorok dengan pembantu makmal supaya dia pun tak boring hehehehe.

8. OK akhir sekali setelah habis ujikaji maka janganlah lupa mngucapkan syukur dan berterima kasihlah kepada pembantu makmal kerana dia adalah penunggu makmal tersebut selamaa anda disitu hehehehe.

terkujat!!!!
Uncle Lee: Bagaimana Tuan-tuan dan Puan-puan? entry kali membantu tak?
ok selamat mencuba!

Roomate: ko ingat berapa ramai lah sangat yang wat keje dalam makmal macm ko tuh? mana ada orang nak bace hahahaha

Uncle Lee: suke ati aku lah!! Blog aku! KO ADA?!!! (dengan muke serius)

 Roomate: berlalu dengan kecewa (menyumpah dalam hati lah tu)

 Uncle Lee: Ok !! jumpa lagi pada entry yang akan datang!!!!!
NAK BER'BLOG' WALKING JAP.....



3 comments: