Sunday, June 3, 2012

Hatiku... menjerit lagi

Assalamualaikum, salam sejahtera..

tiba masa meluahkan perasaan aku akan luah kan 'disini',
org cakap tak elok wat mcm ni, tapi nk wat mcmana aku ni kekurangan kawan, erti kata lain sahabat yang benar-benar memahami aku,

minggu ini adalah minggu yang tersibuk sekali aku pernah lalui, berkhidmat sebagai jawatan kuasa orientasi UiTM Pahang, membuat persiapan untuk pembentangan kajian akhir tahun, menyudah dan menghantar tugasan, persediaan ujian, dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir.

tambahan lagi poket ku sudah kekeringan, dah lama tak telefon mak, hanya berhubung melalui sms bagi menjimatkan 'kredit'. itupun kadang2 mak tak balas (mungkin mak pun dlm keadaan yang sama. Aku tak sanggup lagi nak mintak bantuan perbelanjaan buat masa sekarang ni sebab dah dua kali aku dengar nada mak sebak masa aku ceritakan betapa perlunya aku terhadap duit sekarang ini. Minyak kereta (orang ada kereta tak semestinya senang), wang makan, wang untuk menyelesaikan tugasan, hutang kawan-kawan dan sebagainya. Pada kali terakhir bercakap dgn mak, dia berpesan supaya aku wat bersungguh-sungguh, walaupun kekurangan sumber, insyallah masa hadapan akan lebih senang.

pada masa sekarang aku membuat keputusan menangguhkan dahulu tugasan dan menumpukan pada pembentangan projek akhir tahun. keyakinan aku terhadap projek ini tidak terlalu tinggi kerana aku merasakan ada informasi yang aku tidak habis kaji, tetapi untuk diselesaikan pada masa sekarang agak mustahil kerana pembentangan adalah hari esok. ( aku akan kaji selanjutnya selepas pembentangan bagi menguatkan lagi kajian aku)


tumpuan aku pada pembentangan pada hari esok.. semoga segala berjalan dengan lancar
(Ya Allah kau permudahkan lah urusan hambamu ini)

No comments:

Post a Comment