Wednesday, August 8, 2012

Adab memberi pendapat

Assalamalaikum warahmatullahi wabarakatuh.. salam sejahtera reader sekalian.

SELAMAT MENYAMBUT PENGHUJUNG RAMADHAN KEPADA UMAT ISLAM.

OK entry kali ini uncle ada sedikit perkara yang nak dikongsi,

Akhir-akhir ini uncle perhatikan banyak perkara buruk yang terjadi dalam masyarakat kite sejak terciptanya LAMAN SOSIAL. Memang seronok bila ada akaun dalam Facebook, Tweeter dan yang lain-lain. Senang dapat berhubung.

tetapi ada sesuatu yang membimbangkan bakal terjadi kerana laman sosial ini akan mengurangkan perhubungan manusia secara semulajadi, masing-masing sibuk menguruskan "update status" dalam akaun masing-masing.

dan perkara yang paling jelas sekali adalah penggunaan bahasa yang bakal membuat orang lain salah faham dan konflik berlaku

baru-baru ini uncle ada perselisihan pendapat dengan abah uncle dan kami bertekak (but not too heavy) biase lah kan sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula anak beranak, well sometime conflict brings good things. oleh kerana uncle ni salah seorang dari golongan awal generasi Y maka pengaruh laman sosial agak kurang sikit jadi bahasa yang digunakan agak bertapis.

tetapi adik uncle pertengahan generasi Y agak terkena kesan pengaruh laman sosial ini, apa yang uncle perhatikan dia tidak pandai berlapik menggunakan perkataan dengan orang yang lebih tua dari dia. Kita yang mendengar ni pun dah panas apetah lagi yang orang tua tuh..... naik berang lah anak guna perkataan kurang ajar pada mereka!!!

bukan tujuan uncle nak memburukkan adik uncle tapi itulh sedikit dari kesan yang terjadi pada anak muda generasi Y. sebagai contoh lain, perbalahan dalam laman Facebook, bermula dengan luahan perasaan kepada orang tertentu, akhirnya bergaduh, perang besar walaupun tidak bertemu muka...

yang lebih teruk, sesuka hati memburukkan reputasi orang lain, sebagai contoh pelajar memberi tahu bahawa kelas yang diajar oleh pensyarah membosankan, di'update' sebagai status dalam facebook.

Apakah tidak wujud perasaan hormat atau menjaga air muke pensyarah terbabit? jika dengan pensyarah berani mereka berbuat begitu apatah lagi yang lain.

Banyak lagi contoh lain yang boleh kita cari melalui akuan sahabat-sahabat kita di laman sosial. tak perlu nk di ceritakan disini, uncle serahkan kepada reader untuk kita sama-sama menilai diri kita dan melakukan perubahan kepada keluarga kita.

P/S: sedih kerana nilai murni boleh hilang dek kerana pengguna kemajuan teknologi BARAT yang tidak tahu menilai kemurnian adat dan tradisi TIMUR

No comments:

Post a Comment